NEGARA

Polis tumpas Geng Fendi

Polis tumpas Geng Fendi


Adzli (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian barang curi yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson semalam.


PORT DICKSON – Taktik licik empat ahli kumpulan Geng Fendi menggunakan pemutar skru untuk memecahkan cermin kereta sebelum melarikan barang berharga terbongkar apabila mereka ditahan dalam dua serbuan polis, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Adzli Abu Shah berkata, kewujudan kumpulan itu dikesan polis ekoran 19 laporan kejadian pecah kereta masing-masing 10 di bandar ini, lima di Telok Kemang dan empat Lukut yang berlaku sejak awal tahun ini.

Menurut beliau, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah selepas polis menerima laporan terbaharu kes pecah kereta yang dilaporkan di Lukut pada 3 Februari lalu.

“Dalam serbuan kira-kira pukul 2 petang pada 8 Februa­ri lalu di Taman Politeknik dekat Telok Kemang, polis menemui pelbagai barang curi hasil ke­giatan jenayah sindiket terbabit. Antaranya kamera, telefon pintar dan komputer riba.

“Tiga suspek ditahan di rumah tersebut manakala seorang lagi suspek dicekup empat hari kemudian bersama barang rampasan di daerah ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31