NEGARA

Jurutera dijel simpan haiwan liar

Jurutera dijel simpan haiwan liar

MOHD. TAHA (kanan) dihukum penjara empat bulan dan denda RM550,000 selepas mengaku bersalah kerana menyimpan pelbagai spesies haiwan liar tanpa permit di Mahkamah Sesyen Kajang semalam.


KAJANG – Hobi pelik seorang jurutera lulusan Universiti Arizona, Amerika Syarikat menyimpan pelbagai spesies haiwan liar termasuk harimau belang dan buaya tanpa permit di rumahnya tahun lalu menerima padah apabila dia dihukum penjara empat bulan dan didenda sebanyak RM550,000 di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Taha Abd. Wahab, 51, selepas dia mengekalkan pengakuan salah terhadap sembilan pertuduhan memiliki hidupan liar yang dilindungi tanpa permit.

Noridah turut memerintahkan jurutera itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 19 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, dia dibebaskan semalam selepas tempoh hukuman itu mengambil kira cuti umum.


INILAH harimau belang betina yang dipelihara Mohd. Taha.


Mohd. Taha juga membayar denda sebanyak RM550,000 bagi mengelak dihukum penjara selama empat tahun.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohd. Taha didapati menyimpan seekor harimau belang betina dan seekor kucing batu betina di kediamannya di No. 7, Lot 1433 Batu 13 3/4 Jalan Sekolah, Kampung Gahal Jaya, Hulu Langat di sini pada pukul 12.30 tengah hari, 19 Oktober tahun lalu.

Bagi pertuduhan ketiga hingga kesembilan, jurutera itu didakwa menyimpan seekor burung helang merah, seekor burung gagak gunung, dua ekor burung murai jambul putih, seekor buaya jenis Schneider’s Dwarf Caiman, seekor pelanduk, seekor burung tiong mas dan seekor burung murai batu.

Mohd. Taha didakwa turut menyimpan haiwan itu di kediamannya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 47