DUNIA

Kanye West pilih model bertudung

Kanye West pilih model bertudung


AGENSI - HALIMA membuat penampilan sulung di Minggu Fesyen New York apabila memperagakan koleksi rekaan Kanye West.


NEW YORK Penyanyi rap, Kanye West yang kini bergelar pereka fesyen melakar sejarah apabila menampilkan model bertudung kelahiran Somalia-Amerika Syarikat (AS), Halima Aden di pentas peragaan bagi koleksi terbaharunya, Yeezy Season 5.

Halima, 19, membuat penampilan sulung di pentas peragaan pada hari ketujuh Minggu Fesyen New York, salah satu acara terlaris dan paling eksklusif di bandar raya itu.

Halima memperagakan busana West di hadapan isterinya yang juga bintang realiti, Kim Kardashian dan Ketua Editor majalah Vogue, Anna Wintour tidak lama selepas West dikecam peminatnya kerana bertemu dengan Presiden AS, Donald Trump pada Disember lalu.

Dilahirkan di sebuah kem pelarian di Kenya dan kini bergelar rakyat AS, penampilan Halima dalam pertunjukan fesyen berprofil tinggi itu meningkatkan statusnya berbanding tahun lalu apabila gadis itu muncul di muka hadapan beberapa akhbar sebagai wanita bertudung pertama bertanding dalam pertandingan ratu cantik Miss Minnesota.

AFP

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 31