DUNIA

Ahok lawan Anies di pusingan kedua Pilkada

Ahok lawan Anies di pusingan kedua Pilkada




JAKARTA – Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) bagi Daerah Khusus Jakarta akan berlangsung secara dua pusingan ekoran tiada calon yang mendapat undi majoriti lebih 50 peratus.

Para penganalisis politik dari awal menjangkakan Pilkada Jakarta akan berlangsung secara dua pusingan apabila berlaku pertandingan tiga penjuru.

Sistem Penghitungan Suara iaitu keputusan tidak rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) menunjukkan regu penyandang jawatan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dan Djarot Saiful Hidayat mendahului pungutan undi dengan mendapat 44.17 peratus.

Tempat kedua diikuti oleh regu Anies Baswedan dan Sandiaga Salahuddin Uno dengan 39.55 peratus, manakala regu Agus Harimurti Yudhoyono iaitu anak sulung bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono terkeluar daripada pertandingan pusingan kedua apabila cuma mendapat 16.27 peratus.

Di bawah sistem pilihan raya itu, seseorang calon wajib melepasi 50 peratus daripada jumlah undi keseluruhan untuk dilantik sebagai Gabenor Jakarta.

Keputusan rasmi hanya akan diumumkan oleh KPU dalam tempoh dua minggu lagi.

Ahok dalam sidang akhbarnya telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada para pengundi dan keputusan itu adalah dijangkakan.

Katanya, beliau sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Anies pula berkata bahawa beliau akan berbincang dengan Agus untuk bekerjasama setelah calon termuda itu terkeluar dari gelanggang pertandingan pusingan kedua.

Pusingan kedua pilihan raya itu dijadual berlangsung awal April depan dan akan menyaksikan pertandingan secara satu lawan satu antara Ahok dan Anies. - Bernama

Rencana Utama!»

Orang-Orang Drum Theatre pilihan juri

AKSI pasukan Orang-Orang Drum Theatre berjaya memukau barisan juri sehingga dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Stailo!»

Perlahankan bisnes sempena Ramadan

Bidang fesyen mula diceburi oleh Sharifah Shawati pada awal tahun 2016.

Varia!»

Jasa Jalan Persekutuan

JALAN PERSEKUTUAN dibina pada tahun 1880 menjadi tulang belakang sebagai jalan alternatif. sistem rangkaian jalan raya di negara ini sebelum terbinanya lebuh raya.

Process time in ms: 47