DUNIA

Trump sambut Netanyahu

Trump sambut Netanyahu

KOMBINASI gambar menunjukkan Trump dan Netanyahu


WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyambut kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke White House semalam selepas Washington tidak lagi menyokong prinsip pembentukan dua negara sebagai jalan penyelesaian konflik Israel-Palestin.

“AS tidak akan menetapkan syarat-syarat penyelesaian konflik ini tetapi akan menyokong apa jua yang dipersetujui kedua-dua belah pihak (Israel dan Palestin),” kata seorang pegawai kanan White House.

“Penyelesaian dua negara yang diketengahkan bukan matlamatnya sekiranya ia tidak membawa kepada keamanan,” tambahnya.

Kerajaan AS yang bertukar ganti antara Parti Republikan dan Parti Demokrat sejak sekian lama menyokong pembentukan negara Israel dan Palestin sebagai jalan penyelesaian kepada konflik di Asia Barat.

Prinsip dua negara itu juga menjadi teras rundingan damai Israel-Palestin yang berlangsung di Camp David, AS dan ibu kota Norway, Oslo.

Namun, sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 20 Januari lalu, Trump cuba menunjukkan bahawa AS ialah sekutu paling rapat Israel sekali gus bercanggah daripada dasar pentadbiran sebelumnya yang diketuai oleh Presiden Barack Obama.

Sementara itu, di Ramallah, Tebing Barat, seorang pegawai kanan Palestin, Hanan Ashrawi berkata, perubahan dasar AS itu

“tidak munasabah”.

“Ini bukan dasar yang bertanggungjawab dan tidak membantu bagi mencapai keamanan,” kata Hanan.

Trump masih belum bercakap secara langsung dengan kepimpinan Palestin sejak beliau menerajui AS. – AFP

Rencana Utama!»

Turun padang kaji punca pencemaran

PASUKAN UTKFAS turut mendapatkan sampel air dari Sungai Semenyih, Selangor untuk dianalisis.

Varia!»

Sikap individu cabar kreativiti ahli pemasaran

SYARIKAT yang mengungguli konsep one to one marketing pasti akan menguasai kelompok pengguna yang semakin individualistik dalam sesuatu pasaran. – Gambar hiasan

Process time in ms: 16