NEGARA

Pencuri duit Maybank didakwa

Pencuri duit Maybank didakwa


Sebahagian daripada 24 orang tertuduh yang dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seramai 24 individu termasuk 13 sekeluarga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mencuri wang milik Maybank Berhad yang ke­semuanya berjumlah RM36 juta tiga tahun lalu.

Kesemua tertuduh yang terdiri daripada 17 lelaki dan tujuh pe­rempuan berusia antara 23 hingga 62 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah selepas pertuduhan dibacakan secara ber­asingan terhadap mereka.

Kesemua tertuduh itu ialah Baharuddin Selamat, 61; Zulhilmi Mat [email protected], 34; Shafii Ismail, 44; Mohd. Azhar Baharom, 33; Hamsah Selamat, 59; Hairol Azali Mohd. Yusof, 43; Nor Azuan Shafie, 41; Nur Jamaaton Baharuddin, 27; Noraishah Nasarudin, 28; dan Nor Ashikin Nasarudin, 33.

Turut dituduh ialah Noorasmahwati Nasarudin, 37; Salisa Essah, 38; Norsyahira Fazira Hamzah, 23; Norhayati Mohd. Nor, 46; Nasarudin Ali, 62; Zulfieka Fareez Hamsah, 28; Alias Mohamad, 55; Ahmad Shazni Mat Hassan, 34; Hasril Hassan, 43; Mohd. Hezzam Arfadli Mat Hassan, 39; Mohd. Najib Khamis, 40; Hafiz Dahlan, 37; Mohd. Azmi Md. Ishak, 38, dan Harun Mohd. Yusof, 32.

Dua daripada tertuduh merupakan penjawat awam manakala bakinya peniaga, pekerja swasta atau bekerja sendiri.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyalahguna wang milik Maybank Berhad berjumlah RM36 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank masing-masing.

Jumlah paling rendah dicuri dalam setiap transaksi ialah RM9,894.86 manakala jumlah paling tinggi RM4,567,683.26.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa cawangan Maybank termasuk Menara Maybank 100 di Jalan Tun Pe­rak di sini antara Oktober 2014 dan Januari 2015.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 47