NEGARA

Rakam video dalam kain guru

Rakam video dalam kain guru


Contoh rakaman video dalam kain yang dibuat oleh sekumpulan pelajar terhadap seorang guru di Kuala Lumpur Rabu lalu. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Seorang guru Bahasa Inggeris membuat laporan polis kelmarin selepas video dalam kain melibatkan dirinya yang diambil secara curi oleh sekumpulan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di sini tersebar.

Difahamkan, guru wa­nita berusia 36 tahun yang sudah mendirikan rumah tangga itu membuat laporan polis selepas berasa maruahnya tercabar selain tidak berpuas hati dengan sebahagian ibu bapa pelajar terbabit yang mempersoalkan cara dia berpakaian.

Perbuatan itu terbongkar selepas seorang guru disiplin merampas telefon bimbit salah seorang pelajar itu pada Rabu lalu yang mempunyai rakaman bahagian dalam kain baju kurung guru berkenaan. Video berkenaan berdurasi selama 10 saat.

Selepas membuat rakaman, kumpulan pelajar biadab itu me­ngenakan pula bayaran kepada rakan-rakan lain yang ingin menontonnya.

Susulan itu, pihak sekolah memanggil semua pelajar Tingkatan Tiga berkumpul di dewan sebelum mengesan lima pelajar yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan. Guru disiplin itu kemudian memaklumkan kepada mangsa mengenai video tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 47