TERKINI

Remaja hidap diabetes kronik meninggal dunia

Remaja hidap diabetes kronik meninggal dunia

12/01/2017 3:14pm

SUNGAI PETANI - Seorang remaja lelaki, Muhd Ridduan Muhd Radhi, 20, yang dilaporkan terlantar akibat penyakit kencing manis kronik sebelum ini, meninggal dunia pukul 12 tengah malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Ayahnya, Muhd Radhi Hanafi, 40, berkata, jenazah anak sulung daripada enam beradik itu kemudiannya dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Permatang Tengah kira-kira pukul 2 pagi tadi.

"Doktor memaklumkan bahawa buah pinggang dan jantungnya terlalu lemah untuk berfungsi manakala tekanan darah pula terlalu rendah.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Tengah kira-kira pukul 11 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam Bernama melaporkan Muhd Ridduan disahkan menghidap penyakit kencing manis seawal usia lapan tahun dan keadaannya bertambah teruk sejak empat tahun lalu. - Bernama

Pesona!»

Pusat sehenti aktiviti kecergasan kanak-kanak

Kemahiran kanak-kanak berinteraksi sebagai sebuah pasukan akan diuji di Rockstar Gym.

Varia!»

Tanam cili ringankan beban ekonomi

CUACA buruk dan serangan penyakit antara punca kekurangan bekalan di pasaran.

Iklan

Process time in ms: 47