TERKINI

Jenazah Adenan selamat dikebumikan

Jenazah Adenan selamat dikebumikan

12/01/2017 3:15pm


Suasana di Tanah perkuburan Islam Samariang ketika jenazah Allahyarham Adenan Satem disemadikan


KUCHING - Jenazah Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang kira-kira pukul 2.40 petang ini.

Jenazah Adenan yang dibawa dari Masjid Jamek, Petra Jaya di sini tiba di pekarangan tanah perkuburan tersebut sambil diiringi isterinya, Puan Sri Jamilah Anu dan lima anaknya pada pukul 2.05 petang.

Turut mengiringi jenazah adalah Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, pemimpin-pemimpin kerajaan Persekutuan dan negeri serta ribuan rakyat yang membanjiri kawasan berkenaan.

Suasana menjadi lebih sayu sejurus surah alfatihah dan doa dibacakan.

Kemudiannya, majlis diteruskan dengan penyerahan bendera negeri kepada keluarga Allahyarham sebagai tanda penghormatan tertinggi.

Majlis diakhiri dengan Jamilah menjirus air mawar ke pusara Allahyarham. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 31