TERKINI

Polis rampas RM15,000, tahan peniaga di hotel

Polis rampas RM15,000, tahan peniaga di hotel

12/01/2017 3:08pm

TAIPING - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM15,000 selepas menahan seorang peniaga warga tempatan di sebuah hotel di Jalan Kota di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harith Kam Abdullah berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan dalam satu operasi bersama Bahagian Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada pukul 4.30 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis telah menjumpai dan merampas satu keping foil aluminium berisi 10 pil Eramin 5 dari dalam poket seluar suspek.

"Polis turut menemui dan merampas satu beg kertas mengandungi 112 keping foil aluminium berisi 1,120 pil Eramin 5 serta sepeket plastik lutsinar di dalamnya mengandungi 40 peket plastik lutsinar tiap satu berisi bahan disyaki dadah ketamin di dalam bilik di hotel berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Harith Kam berkata polis turut merampas dan menyita harta dipercayai milik suspek yang diperolehi melalui kegiatan dadah antaranya wang tunai sebanyak RM1,020, sebuah motosikal jenis Honda Wave bernilai RM2,000 dan sebuah kereta jenis Nissan Almera bernilai RM 50,000.

Menurut beliau, suspek disyaki mengedar dadah di daerah ini dan ujian air kencing mendapati negatif.

Katanya, suspek ditahan reman lima hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,dan Seksyen 39A (2) akta yang sama. - Bernama

Horizon!»

Lihat dinosaur dari jarak dekat

KELIBAT patung dinosaur dapat dilihat dari jauh termasuk pengguna yang melalui Jalan Pintasan Muar, Johor.

Varia!»

Makuma platform mahasiswa cemerlang

Mahasiswa perlu bijak menyeimbangkan antara pembelajaran dengan aktiviti luar dalam usaha menjadi pelajar yang holistik.

[email protected]!

Process time in ms: 32