TERKINI

Lelaki edar dadah diberkas di Melaka

Lelaki edar dadah diberkas di Melaka

12/01/2017 1:20pm


Jalil (kiri) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas pihaknya dalam serbuan itu pada sidang akhbar hari ini


MELAKA - Kegiatan seorang lelaki berusia 26 tahun mengedar dadah sejak November lalu berakhir selepas ditahan dalam serbuan di sebuah apartmen di Bandar Hilir di sini pada Selasa lalu.

Dalam operasi pada pukul 9.15 pagi itu, polis menemui sebanyak 80 keping keranjang timah disyaki dadah jenis eramin seberat 216.8 gram (g), 98 peket ketamin (422.71 g) dan 255 pil ekstasi (82.35 g) di dalam rumah berkenaan.

Turut dijumpai ialah 23 botol minuman dan 30 batang rokok warna putih disyaki mengandungi ketamin dengan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM150,000.

Ketua Polis Melaka, Datuk Jalil Hassan berkata, pihaknya turut menyita wang tunai RM4,300 dan sebuah kenderaan jenis Nissan Murano milik lelaki berkenaan.

"Suspek direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini. - K! ONLINE

Pesona!»

Pusat sehenti aktiviti kecergasan kanak-kanak

Kemahiran kanak-kanak berinteraksi sebagai sebuah pasukan akan diuji di Rockstar Gym.

Varia!»

Tanam cili ringankan beban ekonomi

CUACA buruk dan serangan penyakit antara punca kekurangan bekalan di pasaran.

Iklan

Process time in ms: 31