TERKINI

Pasukan khas tangani isu pencemaran pantai, laut P.Pinang

Pasukan khas tangani isu pencemaran pantai, laut P.Pinang

12/01/2017 12:28pm

GEORGE TOWN - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menubuhkan pasukan khas bagi menangani isu pencemaran laut dan pantai di negeri ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Hamim Samuri berkata, penubuhan pasukan itu dilihat mampu mewujudkan keseimbangan ekosistem pada masa hadapan.

"Selain itu, kita turut melaksanakan kaedah mitigasi berlandaskan kejuruteraan teknikal bagi menyokong usaha pasukan yang baru diperkenal itu.

"Kaedah mitigasi yang dimaksudkan ialah pembinaan tambak laut berteknologi moden dengan struktur Outfall dan Wetland yang mana struktur itu pertama kali digunakan Malaysia untuk diletakkan di sepanjang Sungai Satu di sini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Projek Pemuliharaan Pantai dan Pembaikan Kualiti Air Laut di Pantai Batu Feringghi di sini sebentar tadi.

Tambah Hamim, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM10.85 juta untuk tujuan pemulihan kualiti air laut di Pantai Batu Feringghi selain membelanjakan RM2.2 juta bagi kos pembinaan struktur tambak laut di sungai berkenaan. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 31