TERKINI

Polis Sarawak tahan seorang lelaki kerana catatan dalam Facebook

Polis Sarawak tahan seorang lelaki kerana catatan dalam Facebook

12/01/2017 11:22am

KUCHING - Polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun yang disyaki mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak yang meninggal dunia semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)Sarawak Datuk Dev Kumar berkata suspek ditahan pada pukul 12.05 tengah malam tadi oleh JSJ Kuching di kediamannya di RPR Landeh Kuching.

"Telefon bimbit suspek dirampas bagi tujuan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dev berkata setakat pagi ini, 13 laporan polis telah dibuat di lapan daerah polis terhadap empat pemegang akaun Facebook yang didakwa membuat catatan berbentuk fitnah dan siasatan masih berjalan.

"Kami sedang memantau laman media sosial dan tidak akan teragak-agak menahan sesiapa yang membuat catatan fitnah atau komen berbentuk hasutan terhadap Allahyarham Ketua Menteri atau sesiapapun," katanya. - Bernama

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 31