TERKINI

Polis Johor tahan 34 individu dalam serbuan Op Cegah Perjudian

Polis Johor tahan 34 individu dalam serbuan Op Cegah Perjudian

12/01/2017 11:04am

JOHOR BAHRU - Polis negeri ini terus aktif menjalankan beberapa siri serbuan bagi mencegah aktiviti perjudian memerusi Op Cegah Perjudian sempena Tahun Baru Cina di seluruh daerah petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan yang dijalan serentak di seluruh negeri bermula pukul 3 hingga 7 petang itu berjaya memberkas 34 individu termasuk lima wanita berusia antara 21 hingga 56 tahun.

"Dalam operasi ini, pihak kita telah menjalankan 34 serbuan iaitu empat serbuan di Batu Pahat, Pontian (2), Kulai (4), Seri Alam (4), Johor Bahru Selatan (5), Iskandar Puteri (2), Johor Bahru Utara (2), Tangkak (2), Muar (4), Segamat (3) dan Kota Tinggi (2).

"Dalam serbuan itu, kita turut berjaya merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk aktiviti haram ini termasuk 29 unit telefon bimbit, mesin pencetak (28) selain wang tunai RM1,997," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. K! ONLINE

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 2328