TERKINI

Suasana pilu iringi jenazah Adenan

Suasana pilu iringi jenazah Adenan

12/01/2017 10:47am




KUCHING - Suasana pilu menyelubungi kediaman Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sebaik jenazahnya dibawa keluar ke Masjid Jamek Sarawak di Petra Jaya di sini bagi upacara sembahyang dan penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham dibawa ke masjid pukul 10 pagi menaiki van jenazah Lembaga Amanah Masjid Negeri sambil diiringi keluarga, orang-orang kenamaan dan anggota pasukan keselamatan.

Tinjauan Kosmo! di kediamannya di Damai Jaya, Santubong di sini sejak pukul 7.30 pagi dipenuhi dengan kehadiran orang ramai dan tetamu kenamaan termasuk pemimpin kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri . - K! ONLINE

Pesona!»

Pusat sehenti aktiviti kecergasan kanak-kanak

Kemahiran kanak-kanak berinteraksi sebagai sebuah pasukan akan diuji di Rockstar Gym.

Varia!»

Tanam cili ringankan beban ekonomi

CUACA buruk dan serangan penyakit antara punca kekurangan bekalan di pasaran.

Iklan

Process time in ms: 47