SUKAN

Melaka United semakin mantap

Melaka United semakin mantap


SKUAD Melaka United sudah bersedia untuk memberi cabaran pada kempen Liga Super musim ini.


JUARA Liga Premier musim lalu, Melaka United sudah bersedia untuk memberi cabaran pada saingan Liga Super 2017.

Skuad tersebut yang dikendalikan jurulatih dari Australia, Eric Williams dikatakan sudah sempurna dan keserasian dalam kalangan pemain tempat dan import juga semakin mantap.

Menurut Williams, anak-anak buahnya telah menunjukkan peningkatan yang sa­ngat positif dan ia membawa petanda bahawa mereka sudah bersedia untuk memberi cabaran pada saingan liga mu­sim ini.

Menurutnya, walaupun mereka merupakan pendatang bahara pada saingan liga utama negara itu tetapi skuad kendaliannya tetap memiliki kualiti untuk me­lontarkan cabaran.

“Kami juga sudah bersedia menghadapi aksi pembuka tirai menentang Kelantan di Kota Bharu pada 21 Januari ini.

“Hasil daripada beberapa aksi persahabatan sebelum ini, ia telah banyak membawa perubahan terhadap keyakinan para pemain dan mereka nampak semakin serasi serta memahami corak taktikal yang diterapkan.

“Ia sesuatu yang amat positif kepada pasukan Melaka United selain kehadiran beberapa pemain berpengalaman seperti Amri Yahyah, Sergio Augero yang sudah mula menunjukkan tahap permainan mereka yang sebenar.

“Kami akan mengadakan satu lagi aksi persahabatan pada Sabtu ini menentang Felda United dan selepas itu kami akan kembali memberi fokus kepada sesi latihan,” kata Williams ketika dihubungi kelmarin.

Terdahulu, Melaka United menamatkan siri latihan serta aksi persahabatan pramusim di Kemboja dan mereka berpeluang menguji kekuatan dengan pasukan juara liga negara berkenaan, Boeung Ket Angkor FC yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Olimpik Phnom Penh, Ahad lalu.

Pada perlawanan berkenaan, pasukan tuan rumah memperoleh gol menerusi Khoun Laboravy dan Sota, manakala ja­ringan Melaka United dihasilkan oleh Ilja Spasojevic dan Sergio Augero.

Williams ternyata gembira dengan corak permainan pasukannya yang mampu memberi tekanan kepada pasukan lawan menerusi gerakan-gerakan menarik selain mampu menyerap serangan Boeung Ket Angkor FC.

“Mereka adalah juara Liga Kemboja 2016 dan akan bermain pada pusingan play-off Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia), sudah tentu corak permainan mereka juga bagus, namun perlawanan ini amat bermanfaat kepada kita untuk menilai prestasi pasukan,” katanya.

Perlawanan itu melengkapkan kunjungan Melaka United ke Kemboja dengan melakar satu kemenangan ketika menentang Asia Euro United (3-0), satu seri (Boeung Ket Angkor FC 2-2) dan kalah 1-3 kepada Army FC.

Horizon!»

Lihat dinosaur dari jarak dekat

KELIBAT patung dinosaur dapat dilihat dari jauh termasuk pengguna yang melalui Jalan Pintasan Muar, Johor.

Varia!»

Makuma platform mahasiswa cemerlang

Mahasiswa perlu bijak menyeimbangkan antara pembelajaran dengan aktiviti luar dalam usaha menjadi pelajar yang holistik.

[email protected]!

Process time in ms: 31