NEGARA

Majlis rai guru bertukar kecoh

Majlis rai guru bertukar kecoh


Petugas Hospital Melaka menolak seorang pelajar lelaki yang lemah selepas mengalami keracunan makanan semalam.


MELAKA – Sambutan majlis perpisahan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Keroh di sini bertukar kecoh apabila 18 pelajar dan seorang guru wanita dikejarkan ke hospital selepas mengalami keracunan makanan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pukul 1 petang itu melibatkan pelajar Tingkatan Satu dan Dua sekolah berkenaan yang mengalami muntah dan cirit-birit selepas dipercayai memakan nasi goreng di kantin.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, dua pelajar dikejarkan ke Hospital Putra manakala bakinya mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

“Setakat hari ini (semalam), 16 mangsa termasuk seorang guru wanita berusia 46 tahun telah dibenarkan pulang manakala tiga lagi dimasukkan ke wad ekoran keadaan mereka masih lemah,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Melaka.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Horizon!»

Lihat dinosaur dari jarak dekat

KELIBAT patung dinosaur dapat dilihat dari jauh termasuk pengguna yang melalui Jalan Pintasan Muar, Johor.

Varia!»

Makuma platform mahasiswa cemerlang

Mahasiswa perlu bijak menyeimbangkan antara pembelajaran dengan aktiviti luar dalam usaha menjadi pelajar yang holistik.

[email protected]!

Process time in ms: 31