NEGARA

Sarawak kehilangan ‘Apai Besai’

Sarawak kehilangan ‘Apai Besai’


ALLAHYARHAM Adenan merupakan pemimpin yang disenangi rakyat dan mesra dengan panggilan ‘Tok Nan’ ketika menjadi Ketua Menteri Sarawak.


KUching – Tan Sri Adenan Satem, 72, yang kembali ke rahmatullah semalam merupakan pemim­pin berjiwa rakyat dan sedia me­lakukan segala usaha demi pembangunan Sarawak.

Pemergian Ketua Menteri Sarawak itu yang mesra de­ngan panggilan ‘Tok Nan’ dan ‘Apai Besai’ dalam kalangan masyarakat tempatan pastinya merupakan kehilangan besar bagi Sarawak khususnya dan Malaysia.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Kelima Sarawak pada 28 Februari 2014, beliau telah merencana pelbagai program untuk membangunkan Sarawak dan penduduknya.

Ramai mungkin masih ingat antara pendirian awalnya bahawa Bahasa Inggeris itu pen­ting bagi rakyat Malaysia memandangkan ia bahasa utama bagi sains, teknologi, komunikasi, pembelajaran, pentadbiran dan hubungan antarabangsa.

Allayharham sendiri me­ngakui Sarawak banyak menerima faedah daripada penyertaannya dalam gagasan Malaysia dengan Semenanjung dilihat sebagai tonggak kekuatan dalam banyak perkara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 47