NEGARA

Adenan Satem meninggal dunia

Adenan Satem meninggal dunia

JENAZAH Allahyarham Adenan diusung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan untuk dibawa pulang ke kediamannya di Santubong semalam.


KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem (gambar kecil) menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan dekat sini akibat komplikasi jantung semalam.

Allahyarham yang lahir pada 27 Januari 1944 meninggal dunia di sisi isterinya, Puan Sri Jamilah Anu dan anak-anaknya pada pukul 1.24 petang.

Adenan, 72, yang mesra dipanggil ‘Tok Nan’ dalam kalangan rakyat negeri ini menghembuskan nafas terakhir hanya selang 16 hari sebelum sambutan hari kelahirannya.

Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima pada 28 Februari 2014 ekoran peletakan jawatan Tun Abdul Taib Mahmud yang kini merupakan Yang Dipertua Negeri.

Tokoh veteran politik itu kembali mengangkat sumpah memegang jawatan Ketua Menteri bagi penggal kedua selepas Barisan Nasional (BN) menang besar dengan memperoleh 72 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 pada 8 Mei tahun lalu.

Meskipun tempoh pemerintahannya yang singkat, iaitu hanya 33 bulan dan 10 hari, Pengerusi BN Sarawak itu berjaya meraih populariti dan membawa banyak pembaharuan serta pembangunan ke arah mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, Allahyarham mula dimasukkan di Pusat Jantung, HUS dekat sini sejak 7 Januari lalu akibat penyakit jantung.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 47