VARIA

Internet ubah strategi pemasaran digital

Internet ubah strategi pemasaran digital

DENGAN hanya satu klik, pengguna boleh menyebarkan dan berkongsi maklumat, membeli dan membayar tentang sesuatu produk. Gambar hiasan


APABILA kerajaan mengumumkan bahawa Malaysia akan memasuki era ekonomi digital, bidang pemasaran juga tidak ketinggalan untuk mengalami perubahan struktur, sekali gus menjadikan ia signifikan dengan keadaan itu.

Berdasarkan bukti sejarah perdagangan, generasi terdahulu tidak akan berjaya dalam perdagangan tanpa kesinambungan perubahan bidang pemasaran.

Hari ini, kita tidak mungkin dapat memisahkan diri dan masyarakat daripada kemajuan dunia teknologi yang mengubah cara organisasi serta syarikat memasar, memperdagangkan produk atau perkhidmatan mereka dalam sesebuah masyarakat serta pasaran.

Dalam ekonomi digital, kaedah pemasaran yang mudah dan selamat sangat diperlukan. Ia dapat dilihat dengan jelas dalam pemasaran digital apabila kaedah atau cara pemasaran berubah ke arah itu.

Pemasaran digital merupakan produk hasil gabungan daripada kemajuan yang dibawa oleh aplikasi prinsip pemasaran yang telah lama wujud dan dipacu oleh teknologi komunikasi digital yang moden.

Terdapat banyak kelebihan yang diperoleh syarikat-syarikat yang mula melaksanakan penggunaan strategi pemasaran digital.

Banyak negara mula menggalakkan pertumbuhan sektor pemasaran digital dan mencadangkan sebahagian besar pelaburan kerajaan disalurkan untuk menyediakan prasarana berasaskan pemasaran digital.

Terdapat juga sebahagian syarikat yang bercadang untuk menggantikan terus kaedah pemasaran tradisional dengan pemasaran digital.

Perlulah diingatkan bahawa pemasaran digital atau pemasaran tradisional bukan satu isu yang harus dibincangkan.

Sempadan geografi

Namun, pengurusan pemasaran yang berkesan seharusnya menumpukan kepada cara kedua-duanya strategi pemasaran itu bergerak selari kerana ia harus patuh pada prinsip pemasaran dan berkongsi matlamat jangka masa pendek dan panjang yang sama.

Di sebalik semua isu ini, tidak dinafikan bahawa pemasaran digital memiliki lebih banyak kelebihan dan ia bersifat melengkapi kepada pemasaran tradisional.

Yang paling utama, strategi pemasaran digital ini dikatakan dapat melangkaui sempadan geografi apabila internet membolehkan pengeluar atau pemilik syarikat mencapai pasaran antarabangsa.

Kos untuk memasarkan perniagaan kepada penduduk luar negara mahupun benua lain tidak lagi mahal.

Hanya melibatkan bajet atau kos yang kecil dan rendah berbanding pemasaran tradisional, syarikat kecil kini boleh mengakses potensi pengguna di seluruh dunia.

Selain daripada itu, kepelbagaian juga merupakan satu lagi faedah besar yang boleh dipacu oleh strategi pemasaran digital bagi membolehkan kita mencapai pengguna dalam pelbagai cara, lebih banyak jenis golongan sasar dan menawarkan produk serta servis yang luas variasinya.

Komunikasi yang lebih berkesan dan jelas juga memungkinkan penglibatan efektif bakal pengguna dalam proses penghasilan sesuatu produk serta perkhidmatan.

Jika pemasaran tradisional hanya bertumpu kepada mendedahkan masyarakat terhadap sesuatu jenama, pemasaran digital membolehkan hubungan antara syarikat dan pengguna wujud dalam penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan itu lagi.

Contohnya, syarikat yang melaksanakan strategi pemasaran digital boleh menggalakkan prospek, klien dan pengguna setia sesuatu jenama itu untuk melawat laman web syarikat tersebut, menilai produk yang diminatinya, membeli dan memberi maklum balas yang dapat dilihat oleh pasaran serta pihak ketiga.

Respons

Mereka juga boleh bertanya soalan dan mendapat respons segera kerana hubungan ini boleh memberi manfaat terhadap bakal pengguna yang pasif.

Jika dilihat dari segi penggunaan internet akan melibatkan kepantasan, pemasaran digital dapat memberikan syarikat impak segera dalam konteks ini.

Sama ada untuk menyebarkan maklumat tentang produk, berkongsi maklumat, membeli, membayar dan semuanya boleh dilakukan dengan hanya beberapa klik.

Pengguna tidak perlu lagi menanti berminggu-minggu untuk mengembangkan bisnes mereka.

Satu lagi kebaikan yang dapat dituai daripada strategi pemasaran digital ialah hasil dapatan perlaksanaan yang boleh diukur keberkesanannya dengan lebih tepat.

Pemasaran digital mengizinkan sesebuah organisasi itu melihat apa yang berkesan dan apa yang tidak terhadap strategi pemasaran mereka.

Selain itu, syarikat juga boleh mula merancang untuk strategi berikutnya dalam masa yang singkat.

Horizon!»

Lihat dinosaur dari jarak dekat

KELIBAT patung dinosaur dapat dilihat dari jauh termasuk pengguna yang melalui Jalan Pintasan Muar, Johor.

Varia!»

Makuma platform mahasiswa cemerlang

Mahasiswa perlu bijak menyeimbangkan antara pembelajaran dengan aktiviti luar dalam usaha menjadi pelajar yang holistik.

[email protected]!

Process time in ms: 31