TERKINI

Diculik untuk langsai hutang

Diculik untuk langsai hutang

11/01/2017 11:36pm

Wanita berusia 28 tahun diselamatkan orang ramai semalam.


SUNGAI BULOH – Gara-gara mahu melangsaikan hutang judi dan ah long, dua lelaki tempatan bertindak menculik seorang pengurus kilang langsir di hadapan sebuah sekolah antarabangsa di Sierramas di sini semalam, namun cubaan mereka gagal apabila disedari orang awam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, wani­ta berusia 28 tahun yang merupakan anak kepada pemilik kilang langsir itu dikatakan baru pulang dari tempat kerja menaiki sebuah kereta BMW bersama pembantu rumah­nya sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah van putih Nissan Vanette.

Akibat perlanggaran itu, mangsa yang memandu kemudiannya keluar dari keretanya sebelum salah seorang suspek bertindak menarik mangsa ke dalam van tersebut dan diikat menggunakan pengikat kabel sebelum melarikan diri menghala ke arah Kuala Selangor.

Kedua-dua suspek berusia 26 dan 27 tahun itu turut meninggalkan nota dalam bahasa Mandarin di dalam kereta BMW milik mangsa yang menulis wanita itu telah diculik dan meminta wang tebusan sebanyak RM5 juta selain mengugut untuk membunuh mangsa sekiranya melaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Abdul Aziz Awang Darus berkata, mangsa yang dalam ketakutan bertindak menjerit dan meronta-ronta untuk melepaskan diri sebelum didengari orang awam yang menaiki motosikal berhampiran kawasan kejadian.

“Hasil maklumat awal, beberapa orang awam mengekori van putih itu dengan menunggang beberapa buah motosikal. Namun, kedua-dua suspek yang mula panik dan ketakutan bertindak menolak mangsa keluar dari van yang sedang bergerak di kawasan berhampiran pasar raya The Store yang terletak kira-kira 4 kilometer dari kawasan mangsa dilarikan sebelum diselamatkan oleh orang ramai.

“Van yang dinaiki kedua-dua suspek terus memecut laju dan turut melanggar beberapa buah kenderaan untuk melarikan diri. Bagaimanapun, van itu terbabas ke bahu kiri jalan di kawasan selekoh berhampiran Masjid Sungai Plong. Kedua-dua suspek berjaya ditahan oleh orang awam dan penduduk setempat sebelum diberkas polis untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di sini hari ini. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Turun padang kaji punca pencemaran

PASUKAN UTKFAS turut mendapatkan sampel air dari Sungai Semenyih, Selangor untuk dianalisis.

Varia!»

Sikap individu cabar kreativiti ahli pemasaran

SYARIKAT yang mengungguli konsep one to one marketing pasti akan menguasai kelompok pengguna yang semakin individualistik dalam sesuatu pasaran. – Gambar hiasan

Process time in ms: 31