TERKINI

Pulau Pinang beri insentif RM50,000 kepada Mohd. Faiz

Pulau Pinang beri insentif RM50,000 kepada Mohd. Faiz

11/01/2017 10:49pm


Mohd. Faiz disambut oleh ibu bapanya di Pulau Pinang sebentar tadi.


GEORGE TOWN - Mohd. Faiz Subri, pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, akan menerima insentif daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM50,000.

Mohd. Faiz berkata, dia melahirkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri, pengurusan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dan penyokong atas sokongan yang diberikan.

"Selepas ini saya akan memberikan tumpuan 100 peratus dalam sesi latihan perlawanan Liga Super 2017 yang akan bermula petang esok," katanya dalam satu sidang akhbar sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada pukul 9.30 malam tadi.

Terdahulu, kira-kira 500 penyokong Mohd. Faiz Subri hadir menyambut kepulangannya di LTAPP seawal pukul 7 malam. - K! ONLINE

Process time in ms: 32