TERKINI

18 pelajar, seorang guru sekolah keracunan makanan

18 pelajar, seorang guru sekolah keracunan makanan

11/01/2017 8:37pm


Seorang pelajar dibawa ke hospital selepas mengalami cirit birit.


MELAKA - Lapan belas pelajar dan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh di sini dikejarkan ke Hospital Melaka hari ini selepas muntah-muntah dipercayai akibat keracunan makanan.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin berkata mangsa 16 pelajar lelaki, dua pelajar perempuan dan guru wanita berusia 46 tahun muntah selepas makan nasi goreng dibeli di kantin sekolah itu.

Beliau berkata semua pelajar, terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua, serta guru tersebut dikesan mula muntah-muntah kira-kira 1 tengah hari tadi sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka.

"Siasatan awal mendapati semua mangsa membeli nasi goreng di kantin sekolah berkenaan pada waktu rehat daripada operator kantin yang baru dua minggu berniaga di premis berkenaan.

Jabatan Kesihatan negeri telah mengarahkan penutupan premis berkenaan serta-merta selama tujuh hari bagi operator kantin itu menjalankan kerja pembersihan. Siasatan lanjut juga akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Melaka di sini, hari ini. - Bernama

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31