TERKINI

Berita pelantikan pemangku Ketua Menteri Sarawak tidak benar

Berita pelantikan pemangku Ketua Menteri Sarawak tidak benar

11/01/2017 8:03pm

KUCHING - Penyebaran maklumat menerusi aplikasi WhatsApp bahawa Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik sebagai Pemangku Ketua Menteri Sarawak adalah tidak benar.

Jurucakap Jabatan Ketua Menteri berkata, berdasarkan pemeriksaan beliau dengan Astana Negeri, maklumat itu didapati tidak benar.

"Maklumat itu tidak benar. Saya sudah periksa dengan pegawai Astana Negeri," katanya ketika dihubungi Bernama.

Maklumat itu menjadi tular menerusi aplikasi WhatsApp berikutan kematian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, 72, di Pusat Jantung Kota Samarahan, di sini pada 1.20 tengah hari ini akibat komplikasi jantung. - Bernama

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 31