TERKINI

Dasar majikan bayar levi ditangguh ke tahun depan

Dasar majikan bayar levi ditangguh ke tahun depan

11/01/2017 8:29pm


Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Jemaah menteri bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan dasar menuntut majikan membayar levi pekerja asing yang dikuat kuasa menurut Komitmen Mandatori Majikan (EMC) ke tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kabinet juga bersetuju untuk meneliti ekosistem yang sewajarnya bagi mempermudah industri menggaji pekerja asing dan memastikan pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata keputusan dibuat selepas pembentangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuan yang memberi gambaran penuh berhubung EMC.

"Ini bukan sekadar mengenai levi tetapi juga hak majikan dalam memperoleh akses langsung kepada pekerja berbanding menggunakan orang tengah, serta bagaimana untuk mengurangkan kerenah birokrasi dan mempercepat pengambilan pekerja asing.

"Pada mesyuarat itu kami turut menyuarakan akan keperluan pengambilan pekerja asing ini dikawal selia dan memastikan dasar itu dapat membantu pertumbuhan ekonomi tanpa menimbulkan masalah sosial kepada kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Rencana Utama!»

Kalam, Zahidi, Bazliah pekerja OKU berjaya

NURUL BAZLIAH (kanan) gembira apabila Kalam berjaya menamatkan sarjana dalam jurusan syariah di Universiti Malaya pada tahun 2010.

Varia!»

Cara Marisa hargai jasa Ah Ma

Marisa menunjukkan lukisan bermakna baginya iaitu Because I Love You (kiri) dan Ong’s Garden 1 (kanan).

Process time in ms: 31