TERKINI

10 termasuk pelajar diberkas bersama dadah

10 termasuk pelajar diberkas bersama dadah

11/01/2017 7:11pm

KUALA TERENGGANU - Sepuluh individu termasuk pelajar dan dua wanita diberkas bersama pelbagai jenis dadah dan air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Nyiur Tujuh, Besut, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitenden Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 24 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam setor belakang rumah tersebut kita menjumpai satu kotak polisterina mengandungi empat botol berpenutup merah.

"Di dalamnya mengandungi cecair kehijauan disyaki air rebusan ketum serta satu botol berpenutup mengandungi cecair kehitaman disyaki dadah.

"Selain itu kita turut menjumpai satu bekas bulat berpenutup bertulis 'Eagle Pomade' di bawah kepingan batu konkrit di tepi longkang yang mengandungi lebih 100 biji pil disyaki pil kuda," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 195. - Bernama

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 46