TERKINI

Kejohanan Dunia Glasgow mungkin penentu karier Chong Wei

Kejohanan Dunia Glasgow mungkin penentu karier Chong Wei

11/01/2017 6:11pm


Chong Wei


KUALA LUMPUR - Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland pada 21 hingga 27 Ogos ini, mungkin menjadi penentu karier jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dalam arena badminton.

Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan berpendapat berdasarkan perbincangan antara beliau dan Chong Wei, keputusan di kejohanan dunia itu nanti akan menentukan masa depan dan arah tuju anak buahnya itu.

Hendrawan bagaimanapun berkata, keputusan untuk bersara atau tidak ia bergantung kepada keinginan Chong Wei sendiri.

"Ya, beliau pernah menyatakan hasratnya untuk bersara tetapi perbincangan itu selepas Sukan Olimpik, selepas beliau 'berhabis-habisan' di Brazil. Saya bertanyakan kepadanya sama ada masih ada kemahuan lagi atau tidak, jika tidak ia sukar.

Jika masih ada sasaran dan kemahuan, masih boleh. Saya ingat lagi Chong Wei pernah berkata sasarannya adalah Kejohanan Dunia iaitu pada tahun ini.

Waktu itu saya kata ia tidak mustahil kerana masih ada satu tahun persediaan. Tidak perlu fikir sampai Sukan Olimpik Tokyo 2020. Jika berjaya di Scotland, saya rasa orang ramai tidak perlu tanya lagi dan dia juga tidak akan ragu-ragu lagi," katanya di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini. - Bernama

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 31