TERKINI

Pemimpin Sarawak lahir rasa sedih pemergian Adenan

Pemimpin Sarawak lahir rasa sedih pemergian Adenan

11/01/2017 5:40pm


Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib, tiba di Pusat Jantung Negara Kota Samarahan untuk menziarahi jenazah Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia hari ini.


KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin utama dari Sarawak melahirkan rasa sedih dan amat terkesan dengan pemergian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini, yang disifatkan kehilangan amat besar buat negeri berkenaan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Adenan merupakan seorang pemimpin amat disegani yang telah membawa banyak perubahan besar kepada negeri itu.

Wan Junaidi berkata, Adenan yang dikenali beliau sejak 1970-an, juga merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada pemimpin-pemimpin lain terutama dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar.

"Bagi saya, Allahyarham bukan sahaja seorang pemimpin, tetapi beliau juga adalah sahabat rapat saya yang kami saling memahami isi hati masing-masing dan mengetahui turun naik perjalanan politik masing-masing.

"Apabila beliau menghembuskan nafas terakhir hari ini, saya kehilangan seorang sahabat rapat yang sangat saya hormati dan mempunyai minat yang sama iaitu membaca buku topik-topik sejarah negeri dan politik," katanya kepada Bernama di sini. - Bernama

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 32