TERKINI

KBS, FAM beri imbuhan RM150,000 kepada Mohd. Faiz Subri

KBS, FAM beri imbuhan RM150,000 kepada Mohd. Faiz Subri

11/01/2017 5:35pm




SEPANG - Pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Mohd. Faiz Subri yang berjaya membuat jaringan gol paling cantik sepanjang 2016 menerima imbuhan sebanyak RM150,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.

"Sebentar tadi saya telah menyerahkan cek daripada KBS bagi menghargai kejayaan beliau pada Anugerah Fuskas," katanya pada sidang akhbar sempena sambutan kepulangan Mohd. Faiz di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hamidin turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM50,000 daripada FAM.

Pada majlis sambutan itu, beliau turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record (MBOR) sebagai rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Mohd. Faiz tiba bersama keluarganya kira-kira pukul 3.15 petang dengan penerbangan Emirates, EK346 yang terbang dari Zurich.

Penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun itu menerima anugerah tersebut hasil keunikan sepakan percuma tersebut pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin lalu. - K! ONLINE

Process time in ms: 31