TERKINI

Lelaki ditahan bersama ganja 8.6 gram

Lelaki ditahan bersama ganja 8.6 gram

11/01/2017 4:58pm


Dadah yang dijumpai dalam beg pinggang suspek.


KOTA TINGGI - Seorang lelaki ditahan bersama sebalut plastik berisi daun kering mampat disyaki ganja yang ditemui dalam beg pinggang bercorak bunga dipakainya di hadapan sebuah kedai barangan di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 40 tahun itu dilakukan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik hasil makluman awam pada pukul 4.45 petang.

"Pemeriksaan yang dilakukan menemui balutan mampat disyaki dadah jenis ganja dengan berat dianggarkan 8.60 gram (g) di dalam beg pinggang suspek.

"Ekoran itu, polis telah merampas beg pinggang bercorak bunga dan bahan disyaki ganja tersebut selain hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rahmat, siasatan mendapati, suspek yang beralamat di Ferlda Air Tawar 2 di sini telah terlibat dalam pengambilan dadah sejak 15 tahun yang lalu.

Tambahnya, suspek ditahan reman selama empat hari bermula 10 hingga 13 Januari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 952. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 31