TERKINI

Samsung perkenal Galaxy S7 edge hitam mutiara baharu

Samsung perkenal Galaxy S7 edge hitam mutiara baharu

11/01/2017 4:12pm


Edisi terbaharu Galaxy S7 edge dengan warna hitam mutiara.


KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics (SME), memperkenalkan edisi terbaharu siri Galaxy S7 edge berwarna hitam mutiara dengan jumlah penyimpanan dalaman sebesar 128 gigabit (GB) berbanding model standard 32 GB.

Ia akan mula dijual bermula esok di semua pengedar-pengedar sah SME.

Menurut Naib Presiden Unit Mudah Alih dan Perniagaan IT SME, Lee Jui Siang, warna hitam mutiara itu hadir selepas kejayaan model Galaxy S7 edge biru boral dan emas merah jambu pada tahun lepas.

“Kami di Samsung, sentiasa mendengar permintaan pada pelanggan. Pengenalan Samsung Galaxy S7 edge 128GB Hitam Mutiara ini direka untuk generasi moden yang mencerminkan keperibadian unik pengguna itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Telefon pintar itu akan dijual pada tanda harga RM3,399 termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST). – K! ONLINE

Rencana Utama!»

Kalam, Zahidi, Bazliah pekerja OKU berjaya

NURUL BAZLIAH (kanan) gembira apabila Kalam berjaya menamatkan sarjana dalam jurusan syariah di Universiti Malaya pada tahun 2010.

Varia!»

Cara Marisa hargai jasa Ah Ma

Marisa menunjukkan lukisan bermakna baginya iaitu Because I Love You (kiri) dan Ong’s Garden 1 (kanan).

Process time in ms: 31