TERKINI

Polis lumpuhkan sindiket proses dan edar dadah, rampas dadah bernilai RM3 juta

Polis lumpuhkan sindiket proses dan edar dadah, rampas dadah bernilai RM3 juta

11/01/2017 3:58pm




JOHOR BAHRU - Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket memproses dan mengedar dadah menerusi penangkapan 11 warga tempatan di Johor dan Selangor awal minggu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pihaknya turut merampas dadah dan bahan kimia untuk memproses dadah bernilai RM3 juta dalam serbuan hampir serentak di beberapa lokasi pada Isnin itu.

Suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita berusia antara 29 dan 63 tahun terbabit diberkas oleh pasukan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor serta Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik Bukit Aman menerusi lapan serbuan bermula pukul 9 pagi hingga 11.20 pagi.

"Lapan daripada mereka dicekup di tujuh kawasan di Johor Bahru dan Kulai manakala tiga lagi ditahan di Taman Pinggiran Subang, Selangor," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Kata Mohd Mokhtar serbuan turut menghasilkan sitaan aset merangkumi 11 kereta, barangan mewah, wang tunai dan peralatan memproses dadah dengan nilai keseluruhan RM2.5 juta. - Bernama

Rencana Utama!»

Kalam, Zahidi, Bazliah pekerja OKU berjaya

NURUL BAZLIAH (kanan) gembira apabila Kalam berjaya menamatkan sarjana dalam jurusan syariah di Universiti Malaya pada tahun 2010.

Varia!»

Cara Marisa hargai jasa Ah Ma

Marisa menunjukkan lukisan bermakna baginya iaitu Because I Love You (kiri) dan Ong’s Garden 1 (kanan).

Process time in ms: 31