TERKINI

Polis Marin rampas 160 kayu balak bernilai RM55,000 di Sibu

Polis Marin rampas 160 kayu balak bernilai RM55,000 di Sibu

11/01/2017 3:54pm

KUCHING - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak merampas 160 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz bernilai RM55,000 di Kampung Banyok di Batang Rajang, Sibu pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Lima, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata rampasan dilakukan sepasukan empat anggota PPM Wilayah Lima pada 10.15 pagi susulan maklumat awam.

Dalam serbuan di tepi Sungai Banyok itu, anggota PPM menemukan dua longgok pelbagai jenis dan saiz kayu balak yang diikat menjadi rakit, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya pemeriksaan lanjut mendapati semua kayu terbabit tidak mempunyai cop pengesahan Jabatan Hutan Sarawak dan disyaki diperoleh secara haram.

Tiada penahanan dilakukan dalam serbuan itu, katanya.

"Semua kayu balak yang dirampas telah diserah kepada Jabatan Hutan Sarawak Wilayah Sibu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat menurut Seksyen 90 Ordinan Perhutanan Sarawak 2015," katanya. - Bernama

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 3438