TERKINI

Lima tahun penjara kerana miliki pisau

Lima tahun penjara kerana miliki pisau

11/01/2017 3:51pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang lelaki kerana memiliki pisau sepanjang 21 sentimeter di tempat awam, tanpa sebab yang sah.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah mengenakan hukuman itu terhadap Sani Ali, 42, setelah dia mengaku bersalah memiliki senjata berkenaan di Endah Parade, Sri Petaling di sini pada pukul 2.30 pagi, 6 Januari.

Lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan itu ditahan apabila polis menemukan pisau berkenaan di dalam saku belakang seluarnya. - Bernama

Rencana Utama!»

Kalam, Zahidi, Bazliah pekerja OKU berjaya

NURUL BAZLIAH (kanan) gembira apabila Kalam berjaya menamatkan sarjana dalam jurusan syariah di Universiti Malaya pada tahun 2010.

Varia!»

Cara Marisa hargai jasa Ah Ma

Marisa menunjukkan lukisan bermakna baginya iaitu Because I Love You (kiri) dan Ong’s Garden 1 (kanan).

Process time in ms: 31