TERKINI

Tidak salah guna pelekat 'Visit Beautiful Terengganu' - KP

Tidak salah guna pelekat 'Visit Beautiful Terengganu' - KP

11/01/2017 4:30pm


Pelekat 'Visit Beautiful Terengganu'


KUALA TERENGGANU - Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman menegaskan tidak menjadi satu kesalahan jika pemilik kenderaan pensendirian menampal pelekat 'Visit Beautiful Terengganu' pada kenderaan masing-masing.

Katanya, tiada tindakan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang menampal pelekat tersebut kerana penggunaan pelekat itu tidak terhad hanya kepada kenderaan milik kerajaan negeri sahaja.

"Orang ramai juga boleh melakukan perkara yang sama (menampal pelekat) untuk membantu mempromosikan Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas dakwaan yang tersebar di media sosial yang mengatakan pihak polis menyuruh pemilik kenderaan membuang pelekat promosi tersebut pada kereta milik persendirian.

Sehubungan itu, Rosli berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut kerana setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, jika benar dakwaan itu, pihaknya meminta individu berkenaan tampil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk membantu siasatan.

"Kita minta orang ramai mahupun individu yang memuat naik status tersebut di laman sosial tampil memberikan maklumat untuk kita jalankan siasatan.

"Jika benar ada di kalangan anggota mahupun pegawai yang terlibat kita akan laksanakan siasatan dalaman," katanya. - Bernama

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 31