TERKINI

Adenan Satem meninggal dunia

Adenan Satem meninggal dunia

11/01/2017 3:27pm




KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan di sini hari ini.

Adenan yang merupakan Ketua Menteri Sarawak kelima dilaporkan meninggal dunia

pada pukul 1.20 petang.

Allahyarham yang dilahirkan pada 27 Januari 1944 meninggalkan isterinya, Puan Sri Jamilah Anu dan lima orang anak.



Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri, Ambrose Cheng berkata, pengumuman rasmi tentang pemergian Adenan akan diumum oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dalam sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia, di sini pada pukul 3.30 petang ini. K! ONLINE

Process time in ms: 31