TERKINI

JAIM, Badan Islam Semarang kekang alas kaki guna kertas tulisan al-Quran

JAIM, Badan Islam Semarang kekang alas kaki guna kertas tulisan al-Quran

11/01/2017 2:48pm




MELAKA, 11 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka melalui Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bekerjasama dengan Badan Islam Semarang, Jawa Tengah, Indonesia dalam mengekang penjualan alas kaki menggunakan helaian kertas mengandungi tulisan al-Quran.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani berkata kerjasama berkenaan dicapai hasil lawatannya dan Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan JAIM Muhammad Mawardi Shafai ke Jawa Tengah, Indonesia selama tiga hari bermula 11 Dis lepas.

Beliau berkata dalam kunjungan berkenaan beliau dan Muhammad Mawardi berpeluang ke pejabat pembekal alas kaki berkenaan yang terletak di Kranggan Kecamatan Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.

"Kami berjaya mengesan pembekal alas kaki ini melalui maklumat daripada pemborong di Krubong, Melaka dan kami berjaya rampas alas kaki yang ada, hasil aduan dan maklumat orang ramai sebelum ini.

"Di pejabat berkenaan saya berkesempatan berjumpa dengan seorang lelaki berkaitan perusahaan penjualan alas kaki di Indonesia," katanya kepada Bernama. - Bernama

Process time in ms: 32