TERKINI

Lazada Malaysia lancar Oriental Pavilion

Lazada Malaysia lancar Oriental Pavilion

11/01/2017 2:21pm




KUALA LUMPUR - Ecart Services Malaysia Sdn. Bhd. (Lazada Malaysia) kini melancarkan Oriental Pavilion di dalam laman web Lazada.com.my sempena Tahun Baru Cina, khusus kepada para pelanggan untuk beli-belah pelbagai barangan jenama China.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hans-Peter Ressel berkata, Oriental Pavilion tersebut merupakan inisiatif dalam menperkenalkan jenama-jenama China dari platform runcit online, TMall yang dikendalikan oleh Kumpulan Alibaba.

"Sinergi antara Alibaba dan Lazada kini membuka peluang lebih baik kepada barangan jenama China untuk menembusi pasaran rantau Asia Tenggara terutamanya di Malaysia.

"Malah, pelancaran Oriental Pavilion turut membolehkan para pelanggan memiliki pelbagai produk jenama dari China pada harga yang berpatutan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Oriental Pavilion di sini sebentar tadi.

Turut hadir Naib Presiden Puppy Electric Technology (Beijing) Co. Ltd., Huang Ruizhang, Pengurus Jualan Zhejiang Semir E-Commerce Co. Ltd, Guang HengXin dan Ketua Pegawai Eksekutif CCK (HK) Co. Ltd., Yang Jiawei.

Sehingga kini, sebanyak 16 buah jenama termasuk Semir, QCY, Bluedio dan Poppyoo telah mendaftar secara eksklusif dengan Lazada Malaysia. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 32