TERKINI

KTMB rugi RM6 juta akibat vandalisme

KTMB rugi RM6 juta akibat vandalisme

11/01/2017 1:42pm

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menanggung kerugian lebih RM6 juta tahun lepas kerana menampung kos menggantikan kira-kira 1,300 unit tingkap koc komuternya yang pecah akibat vandalisme.

Pengurus Komunikasi Korporat KTMB, Siti Badariah Wan Hanafi berkata kebanyakan tingkap pecah akibat dibaling batu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Kebanyakan kejadian membaling batu dilakukan oleh kanak-kanak sewaktu komuter melalui trek berhampiran kawasan perumahan," katanya.

Beliau berkata walaupun perbuatan membaling batu tidak mendatangkan kecederaan kepada penumpang tetapi ini telah menyebabkan operasi perjalanan komuter kadang kala terganggu.

"Jika kerosakan tingkap itu teruk, kita terpaksa menahan koc terlibat bagi tujuan penukaran cermin demi keselamatan pengguna," katanya. - Bernama

Process time in ms: 31