TERKINI

Tempoh reman Ketua Setiausaha KKLW dan anaknya bersambung empat hari

Tempoh reman Ketua Setiausaha KKLW dan anaknya bersambung empat hari

11/01/2017 1:44pm




PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini menyambung tempoh tahanan remanKetua Setiausaha (KSU)Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd. Arif Ab Rahman serta seorang anaknya selama empat hari bermula esok bagi membantu siasatan berkaitan rasuah serta penyalahgunaan kuasa jawatan dan kedudukannya dalam kerajaan.

Perintah reman terhadap Mohd. Arif, 59, dan anaknya Ahmad Zukhairi, 35, dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan. Tahanan reman itu akan berakhir 15 Januari ini (Ahad).

Dalam pada itu, seorang lagi anak lelaki KSU tersebut yang direman sebelum ini Luqman, 29, telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Terdahulu ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah pada pukul 9.55 pagi dengan berpakaian baju lokap berwarna jingga dan masing-masing menutup muka.

Mohd. Arif dan Zuhairi direman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 31