TERKINI

Wanita tinggalkan kanak-kanak bersendirian didenda RM10,000

Wanita tinggalkan kanak-kanak bersendirian didenda RM10,000

11/01/2017 11:44am




KUALA PILAH - Seorang wanita yang didakwa meninggalkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun secara tidak berpatutan di sebuah rumah sewa di Tampin dekat sini, minggu lalu didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu kepada Shamsinar Ambia, 36, setelah tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, wanita terbabit didakwa meninggalkan kanak-kanak itu dalam keadaan tidak berpatutan  di sebuah rumah sewa di Kampung Parit Buloh di Tampin pada pukul 7 malam, 5 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood mengemukakan pendakwaan di bawah Seksyen 33(1)(c) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Kalam, Zahidi, Bazliah pekerja OKU berjaya

NURUL BAZLIAH (kanan) gembira apabila Kalam berjaya menamatkan sarjana dalam jurusan syariah di Universiti Malaya pada tahun 2010.

Varia!»

Cara Marisa hargai jasa Ah Ma

Marisa menunjukkan lukisan bermakna baginya iaitu Because I Love You (kiri) dan Ong’s Garden 1 (kanan).

Process time in ms: 31