SUKAN

Kejutan pemain muda Rusia

Kejutan pemain muda Rusia


KASATKINA gembira selepas menewaskan Kerber pada pusingan kedua kejohanan tenis Antarabangsa Sydney semalam.


SYDNEY – Pemain muda Rusia, Daria Kasatkina mencuri tumpuan apabila berjaya me­newaskan pemain No. 1 dunia, Angelique Kerber pada aksi pusi­ngan kedua kejohanan tenis Antarabangsa Sydney semalam.

Kasatnika kelihatan lebih bersedia dalam pertemuan keduanya bersama Kerber yang menang Grand Slam di Melbourne dan New York pada tahun lalu sebelum me­raih kedudukan teratas dunia.

Pemain berusia 19 tahun tersebut yang memenangi perlawanan 7-6 (7-5), 6-2 dalam masa 92 minit mara ke peringkat ketiga untuk bertemu sama ada Daria Gavrilova atau Johanna Konta.

“Sukar untuk diterangkan. Saya menewaskan pemain No. 1 dunia dan ia tidak berlaku setiap hari. Keyakinan saya semakin bertambah untuk beraksi pada kejohanan Grand Slam pertama iaitu Terbuka Australia,” katanya.

Sementara itu, bekas finalis Wimbledon, Eugenie Bouchardy yang mengambil kesempatan daripada kesilapan pemain Slovakia, Dominika Cibulkova untuk meraih kemenangan 6-4, 6-3.

“Setiap kali kamu berlawan de­ngan pemain-pemain yang berada di ranking lima terbaik dunia, ia banyak menggambarkan tahap permainan kamu.

“Saya rasa saya boleh bermain dengan lebih baik, tetapi memang kami berdua sedang ‘memberi tekanan’ kepada kedua-dua pihak untuk lakukan kesilapan,” katanya. – Agensi

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 31