SUKAN

Kejayaan Faiz suntik semangat rakan sepasukan

Kejayaan Faiz suntik semangat rakan sepasukan


Faiz (kanan) menerima anugerah Puskas FIFA 2016 daripada legenda bola sepak Brazil, Ronaldo pada satu majlis di Zurich, Switzerland awal pagi semalam.


KEJAYAAN Mohd. Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland awal pagi semalam diharap menjadi penyuntik semangat untuknya membantu pasukan Pulau Pinang melakar nama pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bagi rakan sepasukannya dalam skuad Harimau Kumbang, Mohd. Failee Mohd. Ghazali, 30, beliau mahu Faiz menjadikan kejayaan itu sebagai titik permulaan membantu Pulau Pinang tampil lebih cemerlang pada Liga M 2017.

“Saya ucapkan tahniah kepada Faiz kerana telah membanggakan kita semua, dan saya harap ini bukan penamat, sebaliknya permulaan terhadap sesuatu kejayaan,” kata Mohd. Failee ketika ditemui selepas sesi memper­kenalkan lapan pemain baharu skuad Harimau Kumbang oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) di Pulau Pinang semalam.

Faiz menerima pengiktirafan itu pada majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland awal pagi semalam.

Jaringan menarik Faiz itu mene­rima undian sebanyak 59.46 pe­ratus, sekali gus mengalahkan dua lagi calon iaitu Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Ve­nezuela, 10.01 peratus.

Bagi kapten pasukan Pulau Pinang, Rafiuddin Roddin, 28, beliau berharap Faiz dapat membantu skuad Pulau Pinang itu ke tahap yang lebih tinggi tahun ini.

Katanya, beliau tidak sabar menanti kepulangan Faiz ke Pulau Pinang untuk meraikan kejayaannya bersama rakan sepasukan yang lain.

Sementara itu, pemain tengah pasukan itu, Mohd. Azrul Ahmad, 31, menyifatkan jaringan ‘ajaib’ Faiz tersebut bukan disebabkan nasib kerana penyerang berusia 30 tahun itu selalu melakukan jaringan seperti itu ketika sesi latihan.

“Gol itu bagi saya bukan nasib, ramai orang kata nasib tapi kami berlatih selalu dengan dia, kami tahu bola seperti itu selalu dia buat. Memang tiap-tiap hari dia berlatih dan itulah hasilnya.

“Saya rasa bangga sebab gol itu diiktiraf oleh dunia. Saya harap de­ngan kejayaan tersebut Faiz lebih bersemangat untuk membantu pasukan Pulau Pinang musim ini,” katanya.

Mohd. Azrul berkata beliau dan rakan sepasukan yang lain sentiasa memberi sokongan kepada Faiz dan berharap dapat menjadi se­pertinya yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. – Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 31