NEGARA

Lagi kes cincin terlekat pada zakar

Lagi kes cincin terlekat pada zakar


Seorang lelaki terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas cincin besi yang dipasang pada kemaluannya terlekat di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Kejadian cincin besi terlekat pada kemaluan nampaknya masih belum memberi pengajaran walaupun ia mendapat liputan meluas sama ada media arus perdana mahupun laman-laman sosial.

Terbaharu, seorang lelaki sengaja mencari ‘sakit’ apabila melakukan perkara yang sama hingga terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba dan menjalani pembedahan kecil di hospital.

Lelaki berusia 41 tahun tersebut dikatakan telah menanggung seksa selama tiga hari sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam.

Difahamkan, mangsa memasukkan cincin berkenaan sejak tiga hari lalu dan merahsia­kannya selepas gagal mengeluarkannya. Dia kemudian mendapatkan rawatan ke hospital selepas merasa sakit akibat kemaluannya membengkak.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohamad Riduan Akhyar berkata, pihaknya bergegas ke hospital itu sebaik mendapat panggilan kecemasan pada pukul 2 petang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Horizon!»

Lihat dinosaur dari jarak dekat

KELIBAT patung dinosaur dapat dilihat dari jauh termasuk pengguna yang melalui Jalan Pintasan Muar, Johor.

Varia!»

Makuma platform mahasiswa cemerlang

Mahasiswa perlu bijak menyeimbangkan antara pembelajaran dengan aktiviti luar dalam usaha menjadi pelajar yang holistik.

[email protected]!

Process time in ms: 31