NEGARA

Kena denda jika hilang pasport

Kena denda jika hilang pasport


Mustafar (dua dari kanan) menyerahkan ikrar dan akujanji setia kepada pegawainya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Imigresen di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen akan mengenakan denda kepada rakyat negara ini yang kehilangan pasport atas faktor kecuaian bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab dalam menjaga dokumen penting tersebut.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, perkara tersebut secara dasarnya telah dipersetujui dalam perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat sebelum ini.

“Kita mahu pemilik pasport lebih bertanggungjawab kerana sebelum ini kes kehilangan pasport tidak dikenakan sebarang denda berbanding kehila­ngan kad pengenalan yang dikenakan denda RM100 untuk kehilangan kali pertama, RM300 kali kedua dan RM1,000 buat kali ketiga.

“Denda ini perlu dikenakan kerana pasport amat bernilai dan Jabatan Imigresen perlu menanggung kos bagi setiap pasport yang dikeluarkan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Imigresen di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 47