NEGARA

Jumlah kuota haji kembali asal

Jumlah kuota haji kembali asal


Jamil KHIR (tiga dari kanan) beramah mesra dengan orang ramai pada majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di Dewan Tanjong Che Mas di Tumpat semalam.


TUMPAT – Kerajaan Arab Saudi bersetuju mengembalikan bilangan kuota jemaah haji Malaysia kepada jumlah asal iaitu 27,800 orang berkuat kuasa tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini kuota jemaah haji Malaysia terhad kepada 22,320 orang setiap tahun selepas Arab Saudi menurunkan kuota sebanyak 20 peratus bagi semua negara atas faktor kerja pembesaran kawasan di sekitar Masjidil Haram.

Menurutnya, kuota sebanyak 20 peratus itu dikurangkan sejak 2013 hingga 2016 dan tindakan berkenaan menyebabkan ramai bakal jemaah terpaksa menunggu giliran yang lama untuk menunaikan haji.

“Kerajaan Malaysia memohon kuota untuk 30,000 jemaah haji, tetapi Arab Saudi bersetuju mengembalikan jumlah asal iaitu 27,800 kepada Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada tujuh masjid dan 45 surau di Parlimen Tumpat yang terlibat banjir di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 31