NEGARA

Mayat lelaki dalam dusun

Mayat lelaki dalam dusun


Anggota polis memeriksa lokasi kejadian seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan pada kepala dalam dusun buah-buahan di Kampung Imam, Perahu, Jitra semalam.


ALOR SETAR – Seorang lelaki ditemui maut dengan beberapa kesan tetakan pada kepala sehingga menampakkan bahagian otak berdekatan bangsal di dalam sebuah dusun buah-buahan di Kampung Imam, Perahu, Jitra dekat sini kelmarin.

Mangsa yang berusia 54 tahun itu ditemui dalam ke­adaan tertiarap kira-kira 20 meter dari bangsal tersebut oleh rakannya pada pukul 1 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd. Hadi Hassan berkata, mangsa dipercayai ditetak di dalam bangsal berkenaan dan rebah ketika cuba menyelamatkan diri.

“Barangan peribadi mangsa gagal ditemui dan kita menyia­sat kes ini daripada semua aspek termasuk berkaitan dadah atau samun,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 16