NEGARA

Sanggup terjun elak dirogol

Sanggup terjun elak dirogol


Kenderaan jenis Toyota Surf yang digunakan oleh dua suspek ketika membawa seorang pelajar perempuan turut dirampas di Miri kelmarin.


MIRI – Tindakan nekad seorang pelajar perempuan melompat keluar daripada sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa rogol dua lelaki di Jalan Batu Satu, Kuala Baram di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di sini patah kaki kiri dan calar di kedua-dua belah tangannya.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, sebelum kejadian, mangsa menumpang sebuah kenderaan jenis Toyota Surf yang turut dinaiki dua rakannya berusia 17 dan 18 tahun untuk pulang ke Batu Sapi di sini.

Bagaimanapun kata­nya, kedua-dua rakan­nya itu yang juga suspek enggan memberhentikan kenderaan apabila tiba di detinasi sebelum membawa mangsa yang dipercayai ponteng sekolah ke kawasan lain.

“Tidak cukup itu, suspek yang duduk bersama mangsa di tempat duduk belakang kenderaan itu juga bertindak meraba-raba anggota badan pelajar terbabit.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31