NEGARA

Imigresen makan duit OKU

Imigresen makan duit OKU




SHAH ALAM – Empat pegawai Jabatan Imigresen Selangor termasuk dua pegawai wanitanya direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan laporan bayaran yuran permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa yang dianggarkan membabitkan kerugian lebih RM1 juta dalam tempoh tiga tahun lalu.

Majistret Siti Shakirah Mohtaruddin membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar keempat-empat suspek yang berusia 31 hingga 39 tahun itu ditahan reman bermula semalam sehingga 15 Januari ini.

Keempat-empat suspek yang bekerja di bahagian pemprosesan pasport itu ditahan di pejabat SPRM negeri selepas mereka hadir untuk memberi keterangan berhubung kes pemalsuan laporan bayaran yuran permohonan pasport pada pukul 3.30 petang kelmarin.

Satu sumber memberitahu, kesemua pegawai imigresen terbabit ditahan kerana mereka disyaki mengemukakan laporan tidak benar mengenai bayaran permohonan pasport bagi Orang Kelainan Upaya (OKU).

Pasport bagi orang OKU di negara ini adalah percuma manakala bagi individu lain dikenakan bayaran RM200.

“Keempat-empat suspek akan memproses pasport pemohon, memberi resit dan pasport yang sah kepada mereka.

“Namun begitu, suspek-suspek itu kemudian menukar maklumat pemohon dalam sistem Jabatan Imigresen dengan meletakkan pemohonnya sebagai OKU.

“Pemohon pasport yang bukan OKU menjadi mangsa penyalahguna kedudukan keempat-empat suspek itu untuk mengambil bayaran RM200 bagi setiap pemohon pasport yang mereka buat,” kata sumber itu ketika dihubungi di sini semalam.

Dua pegawai imigresen wanita dan dua pegawai imigresen lelaki yang dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk direman semalam.

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 31