NEGARA

Didakwa terima rasuah RM150,000

Didakwa terima rasuah RM150,000

AHMAD EHWAN menutup muka ketika dibawa untuk didakwa atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM150,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang penolong pegawai tanah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM150,000 daripada seorang ahli perniagaan berkaitan beberapa permohonan permit pemindahan batuan pada September tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Ehwan Ahmad, 56, yang berkhidmat di Pejabat Tanah di sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Ehwan didakwa menerima wang seba­nyak RM150,000 menerusi satu transaksi Affin Bank daripada seorang ahli perniagaan, Toh Ang Poo, 50, di Affin Bank, Jalan Kebun Teh 1, Kebun Teh Commersial City di sini pada 5 September 2016.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut bagi membolehkan ahli perniagaan itu mendapatkan beberapa permohonan permit pemindahan batuan.

Ahmad Ehwan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua­nya sekali jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. – Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 31